Menu

Meja Pengarah

Sektor

Takwim

Persatuan

FAQ (Soalan Lazim)

Home / Sektor / Sektor Pendidikan Swasta Dan Pendidikan Khas (SPSP / Unit Pendidikan Swasta / Kategori Pendidikan Swasta

 

Kategori Pendidikan Swasta

Dasar Pendidikan Swasta

Dalam bajet negara setiap tahun, peruntukan yang besar telah dikhaskan kepada sektor pendidikan. Walau bagaimanapun, untuk memajukan sektor pendidikan seharusnya tidak ditanggung oleh pihak Kerajaan sahaja. Pihak swasta juga memainkan peranan penting untuk memajukan pendidikan negara dengan menyediakan kemudahan pendidikan di semua peringkat persekolahan.

Maklumat lengkap cara penubuhan setiap kategori;

Sila muat turun maklumat di sini... Dasar IPS

Strategi Pelaksanaan

  • Menggalakkan penubuhan institusi pendidikan swasta (IPS) di peringkat prasekolah, rendah dan menengah.
  • Menggalakkan sektor swasta memberikan sumbangan secara terus kepada institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Mengawal selia IPS bagi menjamin kualiti serta menepati Kurikulum Kebangsaan.
  • Mengukuhkan aspek pengawasan dan penilaian di semua peringkat persekolahan supaya dapat berjalan dengan lebih berkesan.
  • Meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam program pendidikan melalui penajaan dan pembiayaan.
  • Memastikan tadika mematuhi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan mengambil murid dalam lingkungan usia 4 - 6 tahun.
  • Pendidikan rendah dan menengah dikehendaki mematuhi Kurikulum Kebangsaan dan menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.
  • Mempromosi pendidikan swasta di peringkat antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelajar asing memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan mendapatkan pendidikan.

Kategori

Sekolah Swasta (Rendah,Menengah, Agama)

Sesuatu institusi pendidikan yang menawarkan program pendidikan peringkat rendah sebagai pendidikan wajib untuk murid-murid berusia antara 6 - 12 tahun dan program pendidikan peringkat menengah untuk murid-murid berusia antara 13 - 19 tahun dengan menggunakan Kurikulum Kebangsaan.

Sekolah Pendidikan Khas

Sesuatu institusi pendidikan yang menawarkan program pendidikan untuk murid-murid yang berkeperluan khas dengan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. (Didaftar dengan Bahagian Pelajaran Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Sekolah Antarabangsa dan Ekspatriat

Sekolah Antarabangsa: Sesuatu institusi pendidikan yang menawarkan program pendidikan peringkat tadika, rendah dan menengah dengan menggunakan kurikulum negara luar serta menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar untuk pendidikan anak-anak warganegara asing.(Didaftar dengan Bahagian Pelajaran Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Sekolah Ekspatriat: Sesuatu institusi pendidikan yang menawarkan program pendidikan peringkat tadika, rendah dan menengah dengan menggunakan kurikulum negara asal serta menggunakan bahasa rasmi negara masing-masing sebagai bahasa pengantar untuk memberikan pendidikan kepada warganegara masing-masing. (Didaftar dengan Bahagian Pelajaran Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Sekolah Gaya Pos

Sesuatu institusi pendidikan yang menyediakan ajaran atau pengajaran melalui surat atau bahan cetak (Didaftar dengan Bahagian Pelajaran Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)

Sesuatu institusi pendidikan yang menawarkan program pendidikan peringkat menengah yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar untuk menjalankan program pendidikan yang dikawalselia oleh Malaysian Independent Chinese Secondary School (MICSS) Examination Board.

Prasekolah Swasta (Tadika)

Sesuatu institusi pendidikan yang mengendalikan pendidikan prasekolah bagi sepuluh orang murid atau lebih yang berusia antara 4 - 6 tahun dengan menggunakan Kurikulum Standard  Prasekolah Kebangsaan.

Pusat Bahasa

Sesuatu institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran bahasa dan komunikasi (Didaftar dengan Bahagian Pelajaran Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Pusat Komputer

Sesuatu institusi pendidikan yang khusus menyediakan latihan untuk menguasai kemahiran komputer, kemahiran ICT, kemahiran membina perisian dan kemahiran menyelenggara komputer.

Pusat Kemahiran

Sesuatu institusi pendidikan yang khusus menyediakan pendidikan kemahiran dalam bidang-bidang perdagangan, teknikal atau vokasional

Pusat Latihan

Sesuatu institusi pendidikan yang selain daripada pusat kemahiran, pusat bahasa dan pusat komputer yang menawarkan kursus jangka pendek yang tidak melebihi tiga bulan dan tidak melebihi 20 jam kredit

Pusat Bimbingan

Sesuatu institusi pendidikan yang khusus memberi bimbingan bagi membantu individu yang tidak berpeluang mengikuti pendidikan formal sama ada di institusi pendidikan milik kerajaan atau swasta dan tidak menyediakan murid itu menduduki peperiksaan. Pusat bimbingan ini termasuklah yang didaftarkan atas milikan badan bukan kerajaan (NGO).

Pusat Tuisyen

Sesuatu institusi pendidikan swasta yang khusus memberi perkhidmatan bimbingan atau membantu murid institusi pendidikan ke arah persediaan murid itu menduduki peperiksaan.

Pusat Perkembangan Minda

Sesuatu institusi pendidikan yang menjalankan program pendidikan untuk perkembangan minda individu dengan menggunakan metodologi tertentu. (Didaftar dengan Bahagian Pelajaran Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Recommend this page to a friend! Prepare to print