Menu

Meja Pengarah

Sektor

Takwim

Persatuan

FAQ (Soalan Lazim)

Home / Persatuan / Pertubuhan Faedah Bersama Jabatan Pelajaran Perak / Membuat Tuntutan

Tuntutan

 

Bagaimana Hendak Membuat Tuntutan?

1. Muat Turun Borang Tuntutan (Klik).

2. Tuntutan bantuan hanya boleh dibuat setelah keahlian disahkan.

3. Bagi kes kematian, ahli atau waris yang sah seperti yang didaftarkan oleh ahli boleh mengemukakan tuntutan ke Pejabat Setiausaha dengan mengemukakan Salinan Sijil Kematian atau Laporan Polis.

4. Bagi Kes Bencana ahli atau waris perlu mengemukakan Salinan Pengesahan Perubatan atau Laporan Polis ke Pejabat Setiausaha.

5. Wang Bantuan akan disalurkan melalui Cek atau Wang Tunai

 

Syarat-syarat Bantuan

1. Bantuan Kematian akan dibayar cuma atas kematian ahli dan tanggungan-tanggungan ahli yang namanya ada di dalam daftar yang disimpan oleh Setiausaha dengan syarat ada Sijil Kematian yang Sah.

2. Bagi Kematian tanggungan, wang bantuan akan dibayar kepada ahli dan bagi kematian ahli sendiri, bantuan akan dibayar kepada warisnya.

3. Bantuan bencana akan dibayar dengan syarat ada Surat Pengesahan Lembaga Perubatan Kerajaan daripada Pegawai Perubatan bagi kes sakit berpanjangan dan laporan polis bagi kes kebakaran dan banjir.

4. Bantuan kepada individu atau lain-lain organisasi yang difikirkan perlu akan diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa.

 

Recommend this page to a friend! Prepare to print