Menu

Meja Pengarah

Sektor

Takwim

Persatuan

FAQ (Soalan Lazim)

Home / Sektor / Sektor Pengurusan Akademik (SPA) / Unit Teknik dan Vokasional / Pendidikan Asas Vokasional  PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)  
Matlamat Pendidikan Asas Vokasional (PAV) adalah untuk menyediakan murid lepasan UPSR untuk menjadi insan berkemahiran, bersedia untuk bekerja dan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.  Sasarannya ialah murid yang kurang cemerlang dalam bidang akademik. Mereka diberi peluang kedua untuk dilentur dan digilap potensi serta keupayaan melalui pendekatan  Pembelajaran dan Pengajaran (PnP) berfokus kepada aspek psikomotor (hands-on), dan dilaksanakan dalam persekitaran vokasional.
PAV akan dilaksanakan di sekolah untuk menggantikan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang akan dimansuhkan secara berperingkat mulai 2013. Sebanyak 15 buah sekolah di Malaysia telah dipilih dalam program rintis.   
STRUKTUR KURIKULUM PAV
 
  KOMPONEN DEMENSI MODUL Waktu/Minggu dan Peratus Penumpuan
T1 % T 2 % T 3 %
1 Jati Diri(Teras) Komunikasi Bahasa Malaysia Komunikasi 10 22% 6 14% 6 14%
English for Communication 10 22% 6 14% 6 14%
Patriotisma Sejarah 4 9% 2 4% 2 4%
Sahsiah Pendidikan Islam/Moral 4 9% 3 7% 3 7%
Pend. Jasmani & Kesihatan 1 2% 1 2% 1 2%
Kokurikulum (Sukan, Pasukan Beruniform dan Kelab/Persatuan 2 4% 1 2% 1 2%
2 TeknologiVokasional Teknologi Sains, Matematik dan TMK 4 9% 2 4% 2 4%
3 KemahiranVokasional VokasionalAsas dan Spesifik Kemahiran dalam bidang Teknikal, Pertanian, Rumah Tangga, Seni dan Kebudayaan, Kraf Tangan, TMK dan Perdagangan PraVokasional SKM T1 SKM T2
20 45% 30 67% 30 67%
4 KemahiranKeusahawanan Keusahawanan Merentas Kurikulum
Jumlah Waktu Seminggu 45 100% 45 100% 45 100%
 
SEKOLAH RINTIS PAV NEGERI PERAK 2012
 
Bil Kod Sekolah Nama Sekolah Cadangan Kursus PAV PPD
1 AEA 0035 SMK Trolak, Felda Trolak Selatan. Automatif BAP
 Pada tahun 2013 sebanyak 13 buah sekolah akan dipilih bagi melaksanakan PAV dan sekolah yang terpilih akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar-pelajar yang mengikuti program PAV selama tiga tahun di Menengah Rendah  akan diberi  sijil SKM1 dan SKM2, jika kompeten. Pelajar  yang cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional dan yang selebihnya ke Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) .  
Recommend this page to a friend! Prepare to print