Menu

Dari Meja Pengarah

Sektor

Takwim

FAQ (Soalan Lazim)

Home / Piagam Pelanggan

piagam


Kami Warga Jabatan Pelajaran Perak Dengan Penuh Tekun Dan Iltizam Berikrar Dan Berjanji Akan Menumpukan Seluruh Tenaga Dan Usaha Kami Untuk:

 

  • Memastikan semua kanak-kanak, mengikut umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar.
  • Memastikan bekalan guru ke sekolah-sekolah mencukupi.
  • Melaksanakan konsep "Pendemokrasian Pendidikan" dengan menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas.
  • Memastikan semua murid menerima pendidikan yang berkualiti dan selaras berasaskan kurikulum kebangsaan.
  • Memastikan semua guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang terkini secara sistematik.
  • Memastikan setiap sekolah melaksanakan pelan peningkatan prestasi akademik bagi menjamin peningkatan yang berterusan dalam prestasi peperiksaan awam.
  • Memastikan wujudnya Iklim Dini di semua institusi pendidikan.
  • Memastikan peperiksaan awam diurus secara sistematik dan mematuhi prosedur.
  • Memastikan warga sekolah dan persekitarannya bersih, ceria, selamat, sihat dan berkualiti.
  • Memastikan murid-murid mematuhi peraturan dan tatacara persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Memastikan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.
  • Memastikan murid dan warga pendidikan memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang bahayanya dadah serta berupaya menjauhi dan menentangnya.
  • Memastikan semua sekolah dibekalkan dengan peralatan atau kemudahan asas yang cukup.
  • Memastikan semua urusan perkhidmatan dan maklumat anggota perkhidmatan pendidikan lengkap dan teratur.
  • Memastikan semua warga pendidikan mendapat maklumat yang tepat dan cepat tentang peluang-peluang untuk peningkatan kerjaya.
  • Jabatan bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan Jabatan ini.
 
Recommend this page to a friend! Prepare to print