|
Semua Pegawai Pelajaran Daerah negeri Perak Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah negeri Perak SURAT SIARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA(kPM) BIL. 14 TAHUN 2012: MENU PERKATAAN DAN DAFTAR ISTILAH SAINS DAN MATEMATIK DALAM PORTAL RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Sukacita dimaklumkan bahawa KPM telah menyediakan Menu Perkataan dan Daftar Istilah Sains dan Matematik bagi kemudahan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik. Menu Perkataan dan Daftar Istilah tersebut telah dimuat naik ke dalam portal rasmi KPM. Sehubungan itu, semua guru dan murid boleh mengakses menu tersebut dengan melayari www.moe.gov.my sebagai sumber rujukan untuk Pembelajaran dan pengajaran sains dan matematik. b.p. Sektor Pengurusan Akademik
|