|
Semua Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak. Tuan, KHUTBAH JUMAAT SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU peringkat KEBANGSAAN tahun 2012 Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada surat Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia Ruj: KP(BPI) 5206/3/21 (54) bertarikh 2 Mei 2012 dan surat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Ruj: JAKIM. BKI/KM.800-4 JLD 2 (28) bertarikh 20 April 2012 mengenai perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan akan disambut pada 16 Mei 2012. Di antara pengisian sambutan tersebut ialah Bacaan Khutbah Jumaat serentak di seluruh negara. 3. Sehubungan itu, pihak tuan dipohon supaya memastikan surau/masjid sekolah di bawah pentadbiran tuan yang telah dijadikan sebagai premis solat Jumaat dapat membaca khutbah khas Hari Guru pada hari Jumaat 11 Mei 2012. 4. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukakan kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak untuk perhatian Ustaz Badrul ’Azam bin Borhan, Penolong Pengarah Pembangunan Syiar Islam dan Budaya di talian 05-2414000 atau 019-5558879. 5. Khutbah Jumaat sempena Hari Guru 2012 tersebut boleh dimuat turun melalui pautan di bawah
TEKS KHUTBAH JUMAAT SEMPENA HARI GURU 2012 Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, BADRUL ’AZAM BIN BORHAN Penolong Pengarah Pembangunan Syiar Islam dan Budaya Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak b/p Pengarah Pelajaran Perak
|