|
Salam Sejahtera kepada semua guru yang menaruh harapan, Keputusan pertukaran guru antara negeri/bahagian boleh disemak mulai hari ini, 19 Mei 2012. Semakan boleh dibuat melalui Laman egTukar. Semakan penempatan semua jenis pertukaran boleh dibuat mulai 26 Mei 2012. Tahniah kepada yang berjaya dan yang tidak berjaya boleh membuat permohonan sesi Januari 2013 pada bulan September nanti. 'Sesungguhnya kesabaran itu mengukuhkan keimanan" Sekian dimaklumkan, terima kasih. Sektor Pengurusan Sekolah.
|