|
Ruj Kami : J.Pel.Pk.(HEM) 5128/6/1 ( 13 ) Tarikh : 12 Julai 2012 Semua Pegawai Pelajaran Daerah Negeri Perak Tuan, SKIM BIASISWA PELAJARAN BAITULMAL ASNAF MISKIN Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid memanjangkan makluman Skim Biasiswa di atas untuk tindakan tuan. Sekolah-sekolah menengah yang berada di daerah berkenaan seperti dalam lampiran bolehlah menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Manakala pihak PPD pula dikehendaki mengemukakan borang permohonan biasiswa tersebut yang diterima dari sekolah terus ke Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan pada atau sebelum 31 Julai 2012. Bagi mendapatkan keterangan lanjut, sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat dan syarat-syarat skim biasiswa tersebut. Sekian, terima kasih.
Sub Unit Biasiswa, Sektor Pembangunan Kemanusiaan
|