|
Semua PPD, Pengetua, Guru Besar dan Guru Data Negeri Perak Kerjasama semua dimohon agar kerja kemaskini ("key-in") Amaun Gaji Hakiki terkini secara manual dalam data EMIS Online hendaklah dilaksanakan mulai sekarang. Amaun Gaji Hakiki ( Gaji Pokok sahaja) hendaklah berdasarkan Penyata Gaji bulan Ogos 2012. Fasa 1 : Kemaskini gaji hakiki Guru ( mulai 1 September 2012). Fasa 2 : Kemaskini gaji hakiki Staf ( sila mula kemaskini setelah masalah teknikal selesai). Memandangkan terdapat PERTAMBAHAN/PERUBAHAN kepada pangkalan data EMIS Online, Utiliti Semak Ralat Perak TIDAK boleh digunapakai lagi. Utiliti yang baru akan diedarkan selepas kerja naiktaraf selesai. Mohon semua Guru Data terus kemaskini data seperti biasa (termasuk pindah keluar dan terima masuk data) terlebih dahulu. Mohon kerjasama semua PPD sebarluaskan makluman ini dalam portal PPD masing-masing. Sekian, terima kasih. Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) Jabatan Pelajaran Negeri Perak
|