|
KURSUS FASILITATOR KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN PELAJARAN NEGERI PERAK (JPN) DAN PEJABAT PELAJARAN DAERAH (PPD) NEGERI PERAK TAHUN 2012 Kursus fasilitator KIK akan diadakan mulai 18 hingga 20 September 2012 bertempat di Hotel Coral Bay, Pulau Pangkor. Kursus yang dianjurkan oleh Unit Inovasi, JPN Perak ini akan disertai oleh wakil dari setiap sektor dan PPD. Objektif pelaksanaan kursus ini ialah untuk memberi pengetahuan dan pemahaman kepada fasilitator KIK meliputi perkara-perkara seperti berikut: a) falsafah dan prinsip KIK b) fungsi dan peranan jawatankuasa KIK c) tatacara pelaksanaan KIK - kenalpasti masalah
- pemilihan masalah
- definisi masalah
- analisis masalah
- tindakan penyelesaian
- pemeriksaan
- pemantauan dan penyeragaman
- penciptaan nilai
Selepas kursus ini semua peserta akan dilantik sebagai fasilitator KIK JPN Perak dan melaksanakan KIK di pejabat masing-masing bagi menyelesaikan masalah atau menambahbaik sistem di pejabat masing-masing. JPN Perak berhasrat melaksanakan Konvensyen KIK JPN Perak pada tahun 2013 bagi memberi pengiktirafan kepada kumpulan yang telah mencipta inovasi dan pemenang akan mewakili JPN ke Konvensyen peringkat KPM pada tahun 2013.
|