|
Surat KPM adalah dirujuk : KP(BPSH-SPDK)201/004/03(52) Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua Semua Guru Besar Negeri Perak Darul Ridzuan PENGUMPULAN DATA OPERASI KEPERLUAN SEKOLAH (ePerlu) Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memudahkan pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) melaporkan keperluan sekolah bagi sesi persekolahan 2013 kepada Jawatankuasa Task Force Penggal Persekolahan 2013. Bahagian ini telah menyediakan satu aplikasi yang dinamakan Data Operasi Keperluan Sekolah (ePerlu). 3. Aplikasi data operasi keperluan sekolah ini berbentuk web base dan bertujuan mendapatkan maklumat untuk mengetahui status kesediaan sekolah sebelum sesi persekolahan 2013 bermula. Aplikasi ini memerlukan pihak sekolah mengisi maklumat secara atas talian dan boleh dicapai melalui alamat http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia. Pihak sekolah boleh login menggunakan id dan katalaluan sistem APDM dan klik pada pautan eperlu. Pada paparan tersebut terdapat Aplikasi ePerlu dan Manual Pengguna untuk dijadikan panduan pengguna.
4. Adalah menjadi tanggungjawab JPN dan PPD untuk memantau dan memastikan maklumat yang diisi adalah tepat dan memberi gambaran sebenar status keperluan sekolah sebelum dilaporkan. Tarikh akhir proses pengumpulan data ialah pada 31 Oktober 2012. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubungan dengan En. Abdul Rahman b. Mohd Yusof di talian 05-5015 117 atau 013-5815 893.
5. Kerjasama dan perhatian Ybhg. Datuk/Tuan/Puan berhubung dengan perkara ini amat dihargai.
Sekian terima kasih Ketua Sektor Sektor Pengurusan Sekolah b.p Pengarah Pelajaran Negeri Perak
|