|
***** MAKLUMAN ***** Semua Pegawai Pelajaran Daerah Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak
Semua Penolong Pegawai Tadbir / Ketua Pembantu Tadbir Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak Tuan,
LAPORAN PERATUSAN PENGISIAN REKOD PERIBADI DAN PROFIL PERKHIDMATAN BAGI JABATAN PELAJARAN NEGERI, PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAN SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK BAGI BULAN NOVEMBER 2012 Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara seperti di atas. 2. Bersama-sama ini disertakan perkara berikut untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya. 2.1 Status data pengisian Rekod Peribadi di JPN, PPD, Sekolah-Sekolah sehingga 30 November 2012; 2.2 Status data pengisian Profil Perkhidmatan di JPN, PPD, Sekolah-Sekolah sehingga 30 November 2012; 2.3 Status data pengisian Rekod Peribadi di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah mengikut PPD sehingga 30 November 2012; dan 2.4 Status data pengisian Profil Perkhidmatan di Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah mengikut PPD sehingga 30 November 2012. 3. Sehubungan dengan itu, dipohon kerjasama tuan untuk meningkatkan lagi peratus pengisian Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan untuk mencapai sasaran 100 peratus bagi setiap elemen. Sekian, terima kasih. Unit HRMIS, Sektor Khidmat Pengurusan & Pembangunan, Jabatan Pelajaran Perak.
|