|
SEMUA PEGAWAI PELAJARAN DAERAH dan SEMUA PENGETUA / GURU BESAR Sekolah-sekolah Negeri Perak Darul Ridzuan. STATUS PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DATA DI MODUL e-OPERASI 2013 Dengan hormatnya merujuk perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pengemaskinian maklumat oleh pihak sekolah yang sepatutnya berakhir pada 20 Mac 2013, dilanjutkan sehingga 25 Mac 2013. Hasil pemantauan yang dibuat oleh KPM dan JPN menunjukkan banyak sekolah yang masih gagal membuat pengemaskinian dan lebih mendukacitakan sehingga kini terdapat sekolah yang belum mengambil tindakan seperti yang diarahkan melalui Surat Siaran KPM yang telah dihantar ke sekolah. 3. Mohon kerjasama semua PPD membuat pemantauan di daerah masing-masing dan membuat pengesahan pada 26 Mac 2013. Pihak JPN akan membuat pengesahan pada 27 Mac 2013 dan diikuti oleh pengesahan dan kelulusan oleh KPM serta BPSM pada 28-30 Mac 2013. Kerjasama dan keprihatinan tuan / puan didahului dengan ucapan terima kasih. SILA KLIK: Status Pemantauan KPM PEMANTAUAN OLEH JPN PADA 18 MAC 2013: Status Tindakan Guru Status Tindakan PK1 Ralat Harap maklum. Sektor Pengurusan Sekolah JPN Perak Darul Ridzuan.
|