|
Tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Ke Sekolah-Sekolah Berasrama Di Bawah Jabatan Pelajaran Perak
Tawaran ini adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang Bekalan / Perkhidmatan di bawah Kepala dan Sub-Kepala 080501 (Makanan Bermasak Islam) yang masih sah dan berkuatkuasa.
Tender ini adalah bagi asrama sekolah-sekolah seperti Jadual ini.
Dokumen tender akan dijual di semua daerah mulai 6 hingga 27 Julai 2011, masa 8.30 pagi hingga 4.30 petang (Isnin - Jumaat).
Tarikh tutup tender ini adalah pada 27 Julai 2011 (Rabu) jam 12.00 tengahari. Tempat hantar dokumen adalah di Semua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) berkenaan.
|