|
Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia, Kepada : Tuan/Puan, Semua Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Perak (U/P : Semua Guru PROTIM Matematik SR - Tahun 6 , Tahun 5 dan Tahun 4) Perkara : Pelan Tindakan PROTIM Tahun 6, Tahun 5 dan Tahun 4 Serta Soalan Pra Ujian dan Pasca Ujian (Tahun 6) dan Pasca Ujian (Tahun 4 dan Tahun 5) Mohon kerjasama semua Guru Besar untuk memastikan pelaksanaan Program PROTIM Tahun 6, Tahun 5 dan Tahun 4 adalah mengikut Pelan Tindakan Pelaksanaan PROTIM yang telah diselaraskan oleh BPK, KPM. Data-data Pra dan Pasca PROTIM hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy dan hardcopy kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (U/P : Pen. PPD Sc & Math Rendah) untuk digabungkan di peringkat daerah. Selanjutnya, Pen. PPD Sc & Math Rendah di daerah diminta menghantar laporan gabungan tersebut dalam bentuk softcopy kepada JPN (U/P : Pn. Rohaya Bt Meor Ahmad) di alamat emel : rohayajpn07@yahoo.com.my Semoga keprihatinan dan tindakan tuan/puan dalam melaksanakan usaha ini amatlah dihargai. Berikut dilampirkan bahan yang berkaitan untuk dimanfaat dan diambil tindakan oleh pihak sekolah. Sila klik di bawah ini : 1) Pelan Tindakan PROTIM Tahun 6 2) Pelan Tindakan PROTIM Tahun 5 dan Tahun 4 3) Soalan Pra dan Pasca PROTIM Tahun 6 4) Soalan Pasca PROTIM Tahun 4 5) Soalan Pasca PROTIM Tahun 5 Sekian. Terima kasih. b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Perak.
|