|
Semua, Pengetua Sekolah Menengah, Negeri Perak. Tuan, PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN EMPAT (4) SEKOLAH RANCANGAN KHAS NEGERI PERAK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan masuk ke TINGKATAN EMPAT Sekolah Rancangan Khas Negeri Perak Sesi Persekolahan 2012 dibuka mulai sekarang. Syarat-syarat kelayakan permohonan masuk adalah seperti berikut : 2.1. Lulus Peperiksaan PMR Tahun 2011 dengan memperoleh sekurang-kurangnya 5A 3B. Mendapat A dalam subjek teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) 2.2. Penglibatan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. 2.3. Warga negara Malaysia. 2.4. Bersekolah dan tinggal menetap di negeri ini. 2.5. Mempunyai rekod disiplin yang baik. 2.6. Umur tidak melebihi 16 tahun pada 1 Januari 2012. 3. Adalah menjadi tanggungjawab tuan untuk memastikan bahawa HANYA calon-calon yang berminat dan mempunyai kelayakan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan, dibenarkan membuat permohonan ini. 4. Borang permohonan boleh di muat turun di pautan berikut : a) SURAT SIARAN PERMOHONAN MASUK KE TINGKATAN EMPAT (4) SEKOLAH RANCANGAN KHAS NEGERI PERAK SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 b) BORANG PERMOHONAN c) LAMPIRAN DATA PERMOHONAN Borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh calon hendaklah dikembalikan kepada pihak sekolah pada atau sebelum 9 Januari 2012. 5. Semua permohonan perlu di ‘key-in’ dalam fail DATA PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN 4 2012 SEKOLAH RANCANGAN KHAS oleh guru yang dilantik oleh pihak sekolah. Fail berkenaan juga boleh dimuat turun melalui portal Jabatan Pelajaran Perak. Setelah selesai di ‘key-in’ fail berkenaan perlu diemailkan pada atau sebelum 13 Januari 2012. Mohon pihak tuan untuk mematuhi ketetapan tersebut. Sila rujuk Surat Siaran untuk mendapatkan alamat emel. 6. Borang yang telah lengkap diisi oleh calon beserta semua dokumen sokongan yang berkaitan dan telah disahkan hendaklah dihantar pada atau sebelum 16 Januari 2012. Bagi sekolah yang tiada calon yang layak atau tiada calon yang berminat tuan perlu juga menghantar surat makluman bagi memaklumkan perkara tersebut. Semua borang dan surat berkenaan hendaklah di alamatkan kepada : Jabatan Pelajaran Perak, Jalan Tun Abdul Razak, 30640 Ipoh, Perak (U.P.: Unit Sekolah Menengah) 7. Permohonan yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh SATU BULAN selepas tarikh tutup permohonan, maka permohonan tersebut dianggap tidak berjaya. 9. Keputusan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih di peringkat negeri adalah MUKTAMAD. Sekian terima kasih. Sektor Pengurusan Sekolah
|