|
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, Semua Pengetua Sekolah Menengah Semua Guru Besar Sekolah Rendah Mohon kerjasama pihak tuan melaksanakan Amalan Guru Penyayang Peringkat Sekolah masing-masing bermula 1 Mac, 2012 sepertimana arahan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia melalui surat siaran KP(BPSH-SPKD)201/005/02 Jld.3 (43) bertarikh 8 Februari, 2012. Pihak sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Amalan Guru Penyayang yang dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar dan setiausahanya adalah Guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dilantik oleh jabatan atau dilantik secara dalaman peringkat sekolah. Panduan pelaksanaan Amalan Guru Penyayang dan Surat Siaran KPPM Bil 4 Tahun 2012 boleh dimuat turun DISINI Dari Unit Bimbingan dan Kaunseling Hal Ehwal Murid
|