|
“1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” Ruj Kami : J.Pel.Pk(AM)/1207/4/1 Tarikh : 4 Jun 2012 Semua Pengetua Dan Guru Besar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Tuan, Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Ambilan Ke-2/2012 Di Bawah Rancangan Malaysia Ke-10 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacitanya dimaklumkan, Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan program tersebut yang akan dilaksanakan di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). 3. Untuk maklumat lanjut dan tatacara permohonan, pemohon boleh melayari laman sesawang KPM di alamat http://www.moe.gov.my mulai 4 JUN 2012. 4. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan mengenai program ini bolehlah dikemukakan kepada sektor berikut: a) SEKTOR PENINGKATAN KEILMUAN (Urus setia program) No Tel: 03-88841269/1270/1266/1000 b) SEKTOR PENGAMBILAN DAN PENDAFTARAN LATIHAN (Permohonan dan pengambilan) No Tel: 03-88841232/1242/1236/1000 Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (HAJJAH SALMIAH BINTI SABRAN) Ketua Sektor Pendidikan Islam b.p Pengarah Pelajaran Perak
|