SPPBS Sekolah Rendah: Kemasukan Prestasi Mengikut Zon
Dimaklumkan bahawa bagi mengurangkan kesesakan capaian kepada SPPBS Sekolah Rendah, pihak Lembaga Peperiksaan (LP) akan menggunakan konsep kemasukan prestasi mengikut zon. Proses ini akan dilaksanakan bermula 23 Julai 2012. Sehubungan itu, sebagai persediaan awal, pengguna digalakkan untuk mematuhi jadual yang telah ditetapkan seperti berikut: Jadual Kemasukan Prestasi ke SPPBS Sekolah Rendah mengikut zon: Ahad - Kedah dan Kelantan sahaja Isnin - Pulau Pinang, Perlis dan Perak sahaja Selasa - WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor sahaja Rabu - Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja Khamis - Pahang dan Terengganu sahaja Jumaat - Sabah, Sarawak dan WP Labuan sahaja Tindakan ini bersifat sementara sehingga masalah dapat diatasi. Sumber : www.moe.gov.my/lp
|