Semua Pengetua dan Guru Besar, Sekolah-sekolah Negeri Perak Darul Ridzuan. Tuan/Puan, Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) Dimaklumkan bahawa SPPBS dibuka kepada SU Peperiksaan mulai 1 Mac 2013. 2. Sehubungan dengan itu, SU Peperiksaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut dalam tempoh 1 Mac 2013 sehingga 15 Mac 2013: a. Mendaftar dan menjana kata laluan Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan ke SPPBS (kali pertama). b. Mendaftar kelas dan menjana kata laluan Guru Kelas 2013 ke dalam SPPBS. c. Mendaftar/Mengemaskini mata pelajaran dan menjana kata laluan Guru Mata Pelajaran 2013 ke dalam SPPBS. * Menu Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan dan Guru boleh diakses mulai 15 Mac 2013 setelah segala urusan Daftar Guru oleh SUP selesai. -Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat-
|