Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua / Guru Besar Semua Penolong Kanan / Guru Kanan HEM Semua Guru Kelas Sekolah-Sekolah Negeri Perak Sukacita dimaklumkan, Bahagia Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM telah menyediakan Inisiatif Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) secara atas talian untuk dijadikan sebagai sumber utama data murid mulai Januari 2012. Data murid yang wujud telah diambil dari DATA SMM 2011. Sehubungan itu kerjasama semua Guru Kelas dimohon untuk menyemak dan KEMASKINI data murid masing-masing. Sila ambil langkah berikut: 1. Muat Turun Surat Rasmi dari Portal KPM : Di Sini 2. Semua PPD hendaklah melaksanakn taklimat rasmi mengikut tarikh dan tempat yang ditetapkan. 3. Semua PK/GK HEM telah dilantik sebagai PENGURUS (ADMIN) Portal dan hendaklah hadir ke taklimat oleh PPD tanpa wakil. Kehadiran ke taklimat ini hendaklah diutamakan. Sila adakan taklimat kepada Guru Kelas SELEPAS taklimat oleh PPD. 4. Semua Guru Kelas sebagai Operator Kemaskini bertanggungjawab sepenuhnya kemaskini dan KESAHAN data murid dalam kelasnya. 5. Penglibatan Guru Data (kecuali Guru Data juga Guru Kelas) dalam kerja kemaskini hendaklah dielakkan. 6. Kepada Guru Kelas Tahun 1, Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 4, dinasihatkan membuat carian murid berdasarkan No KP / Sijil Lahir untuk wujudkan data murid kelasnya. Ini disebabkan pangkalan data menyimpan Data Murid seluruh Malaysia 2011. Kerja-kerja menaip (typing) semula hendaklah diminimakan. 7. Sila tukar katalaluan setelah berjaya login kali pertama. Jangan dedahkan katalaluan baru yang telah ditukar kepada pihak lain. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada Penolong PPD/Penyelia ICT Daerah. Sekian, terima kasih. Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)
|