Menu

Meja Pengarah

Sektor

Takwim

Persatuan

FAQ (Soalan Lazim)

1.      Berapakah jumlah yuran untuk menduduki MUET dan bagaimanakah cara pembayarannya?

Yuran untuk menduduki MUET ialah RM60.00 dan perlu dibayar dalam bentuk Wang Pos atau Kiriman Wang  atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia.

 

2.      Bilakan pendaftaran MUET dibuka?

Pendaftaran dibuka dua kali dalam setahun iaitu pada bulan Januari untuk Ujian Pertengahan Tahun dan pada bulan Mei untuk Ujian Akhir Tahun.

 

3.      Di manakah calon-calon peperiksaan boleh mendapatkan sijil-sijil peperiksaan yang telah diduduki?

Sijil atau Penyata peperiksaan UPSR, PMR dan SPM  di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) manakala Sijil atau Penyata STPM dan MUET dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) setahun selepas keputusan peperiksaan tersebut diumumkan. Calon-calon sekolah boleh mendapatkan sijil-sijil peperiksaan masing-masing di sekolah di mana calon telah menduduki peperiksaan tersebut. Manakala calon-calon persendirian boleh datang ke Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan sijil peperiksaan masing-masing atau memohon melalui pos dengan menyertakan sampul Pos Ekpress beralamat sendiri, salinan kad pengenalan yang telah disahkan dan salinan slip keputusan peperikssan berkenaan.

 

4.      Adakah pihak LPM atau MPM mengenakan bayaran kepada pimilik sijil yang lewat mengambil sijil mereka?

Hanya sijil yang dikeluarkan oleh MPM sahaja yang dikenakan bayaran. Setelah 18 bulan sijil berada di sekolah atau JPN, pihak MPM akan mengutip semula semua sijil STPM yang belum dituntut. Pihak MPM akan mengenakan bayaran RM50.00  bagi pemilik yang menuntut sijil selepas itu. 

 

5.      Bolehkah sijil yang telah rosak atau sijil yang hilang diganti dengan sijil yang baru?

Tidak boleh. Pihak LPM atau MPM hanya akan mengeluarkan salinan kepada sijil asal.

 

6.      Bagaimanakah cara untuk mendapatkan salinan sijil yang telah rosak/hilang?

Pemilik sijil boleh membuat permohonan mendapatkan salinan sijil dengan mengisi Borang Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan yang boleh didapati dari Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran dan menghantar/poskan terus ke LPM atau MPM.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend