1. Adakah dibenarkan ahli-ahli kelab/ persatuan/ unit beruniform menjalankan aktiviti berkhidmat dan memungut sumbangan secara terbuka diluar kawasan sekolah?
Sila rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil : 7/1983: Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Pelajar Sekolah
2. Perlukah rekod aktiviti kokurikulum dihantar bersama- sama surat pertukaran pelajar yang berpindah sekolah?
Perlu
3. Apakah tindakan yang harus dilakukan sekiranya berlaku kemalangan kepada murid semasa menjalakan aktiviti luar?
Rujuk Pekeliling Ikhtisas Bil : 4/1991: Pelaporan Kejadian Tidak Diingini di Sekolah Dan Pekeliling Ikhtisas Bilangan : 3/1995: Perlaksanaan skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan Dan Bukan Kerajaan.
4. Adakah perlu kelab/persatuan mempunyai perlembagaan/ peraturan?
Dimestikan. Akta Pendidikan 1996. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 Berkuatkuasa 21 Mei 1998
5. Adakah semua pelajar dikehendaki menyertai kegiatan kokurikulum ?
Sila rujuk SPI Bil : 1/1985 ; Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS)
6. Bolehkah aktiviti dijalankan di dalam kawasan sekolah hanya di bawah pengawasan jurulatih luar/ jurulatih bukan guru?
Semua aktiviti, sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah mestilah sentiasa di bawah pengawasan Guru Penasihat Kelab/ Persatuan


