OBJEKTIF SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
JABATAN PELAJARAN PERAK
-
Memastikan warga pendidikan mampu mengurus diri ke arah pembentukan sikap yang positif dan menggunakan sepenuhnya potensi diri dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh integriti.
-
Memastikan warga pendidikan sentiasa segar dan peka terhadap kepentingan kesejahteraan mental, keharmonian keluarga serta hubungan interpersonal yang baik di tempat kerja.
-
Memastikan warga pendidikan di Jabatan Pelajaran Perak, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah serta semua premis pendidikan mendapat sokongan dan bantuan profesional kaunseling supaya mereka dapat meningkatkan kesedaran, kecerdasan dan kemahiran menguruskan pemikiran, emosi dan tingkahlaku ke arah mencapai kesejahteraan dan kecemerlangan.
FUNGSI SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
JABATAN PELAJARAN PERAK
-
Memberi khidmatan kaunseling kepada pegawai / kakitangan pendidikan negeri.
-
Merancang / melaksanakan kursus berkaitan perkhidmatan kaunseling.
-
Mengumpul data dan menganalisa pegawai / kakitangan yang menerima khidmat kaunseling.
-
Memantau perkhidmatan pegawai kaunseling di peringkat daerah.
Back