LATAR BELAKANG
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 1982 setelah Negara mengistiharkan ‘Dadah Adalah Ancaman Kepada Keselamatan Negara’ dan ‘Dadah Musuh Utama Negara’. Seorang pegawai telah dilantik dengan gelaran Pegawai Khas (Mencegah Salahguna Dadah) dan diletakkan terus di bawah Pengarah Pendidikan Negeri.
Pada tahun 1986, penstrukturan semula Jabatan-Jabatan Pendidikan Negeri telah dilaksanakan. Lima sektor telah ditubuhkan untuk mengurus Perkhidmatan Pendidikan keseluruhannya dan Unit Pendidikan Pencegahan Dadah diletakkan di bawah Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan bersama Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Kokurikulum.
Unit ini bertanggungjawab secara keseluruhannya mentadbir, mengurus dan menyelia hal-hal pendidikan pencegahan dadah bagi warga pendidikan dan murid sekolah di seluruh negeri Perak.
VISI UNIT PPDa
Unit PPDa berhasrat menjadi sub institusi yang menggerakkan komitmen dan kerjasama warga sekolah untuk bertindak secara bersepadu bagi merealisasikan matlamat Sekolah Bebas Dadah pada tahun 2012.
MISI UNIT PPDa
Merancang, menyelaras, memantau dan menilai aktiviti pendidikan pencegahan dadah sebagai pelengkap kepada sistem pendidikan bagi membentuk ketrampilan sahsiah pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Melahirkan pelajar bebas daripada dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas daripada dadah.
MATLAMAT PPDa
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kemahiran, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru dan kakitangan pendidikan serta ibu bapa agar mereka menjauhi rokok, inhalan, alkohol, dadah dan HIV/Aids dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 â€
BIDANG TUGAS PPDa
· Pendidikan Pencegahan Rokok
· Pendidikan Pencegahan Alkohol
· Pendidikan Pencegahan Inhalan
· Pendidikan Pencegahan Dadah
· Pendidikan Pencegahan HIV/Aids


