Menu

Dari Meja Pengarah

Sektor

Takwim

FAQ (Soalan Lazim)

UNIT AKAUN

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

JABATAN PELAJARAN PERAK

 

FUNGSI UNIT AKAUN SEKOLAH

Ø  PENGURUSAN AKAUN SEKOLAH

Bertanggungjawab kepada semua sekolah harian di bawah Jabatan Pelajaran Perak dalam membantu sekolah-sekolah dalam urusan-urusan seperti berikut:

a)      Membantu mengawas dan memberi khidmat nasihat kepada sekolah-sekolah dalam pengurusan kewangan dan akaun sekolah

b)      Menyemak dan memproses permohonan sekolah seperti berikut:

§  Permohonan hapuskira Akaun Belum Bayar (ABB) dan Akaun Belum Terima(ABT) dari sekolah-sekolah

§  Permohonan pembelian melebihi had yang dibenarkan

§  Permohonan Kuasa Tetap dari sekolah-sekolah

§  Permohonan pindah peruntukan dari sekolah-sekolah

§  Permohonan pelarasan perbelanjaan tanpa dokumen kewangan yang lengkap

§  Permohonan hapuskira wang sekolah

§  Permohonan perlantikan juruaudit dalam bagi sekolah-sekolah

c)       Merekod dan mengkaji penerimaan Penyata Kewangan Sekolah yang belum diaudit yang diterima dari sekolah bagi memastikan ianya teratur

d)      Memastikan Penyata Kewangan Sekolah diserahkan ke Pejabat Audit Sekolah pada atau sebelum 28 Februari

e)      Memantau sekolah-sekolah yang menerima teguran audit dan memastikan sekolah-sekolah mengambil tindakan atas teguran yang diterima

f)       Menyemak pengurusan akaun sekolah bagi Pengetua dan Guru Besar yang akan bersara agar tiada tanggungan kewangan ke atas kewangan dan akaun sekolah dan urusan pengesahan perakuan hutang/tidak berhutang Pengetua dan Guru Besar yang akan bersara

g)      Membuat pemantauan dan penyemakan pengurusan akaun sekolah jika terdapat aduan-aduan

h)      Membantu menjayakan kursus-kursus yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan akaun sekolah

 

Ø  Menyemak baucar tuntutan perjalanan pegawai dari Unit Khidmat Pengurusan, Unit Naik Pangkat, Unit Akaun dan Sektor ICT

Ø  Menyemak semua baucar tuntutan pegawai dari Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan seperti Tuntutan Elaun Penceramah, Pakaian Istiadat, Bayaran Balik Rawatan (Selain tuntutan perjalanan)

Ø  Menyedia dan menyemak baucar bagi aktiviti Pentadbiran Negeri

Ø  Menyedia dan menyemak baucar bagi Daerah Hilir Perak untuk aktiviti-aktiviti berikut:

o   Bantuan Perkapita dan lain-lain bantuan yang diturunkan ke sekolah seperti SBT, OKU, Biasiswa dan RMT

o   Tuntutan kursus, pertukaran, pindah barang kursus, bayaran balik rawatan dan Buku Teks dll

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend