| Visi |
| Melahirkan “Generasi Baru†yang berilmu dan berkemahiran tinggi menjelang tahun 2015 |
| Misi |
|
Untuk menjadikan Pengurusan dan Kepimpinan Unit Kokurikulum yang berkualiti dengan : Meningkatkan kecekapan dan pengiktirafan guru pemimpin dan jurulatih bidang kokurikulum di sekolah. Meningkatkan pengurusan bidang kokurikulum yang berasaskan pembinaan modan insan, generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional |
| Tugas dan Tanggungjawab |
|
Melaksanakan tugas berkaitan Dasar Pelaksanaan Program dan Aktiviti Kokurikulum serta tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum (BSSK)KPM. Merancang Sasaran Kerja Tahunan Unit Kokurikulum. Mengumpul dan menganalisis data penglibatan murid dalam Sistem Maklumat Murid, Bantuan Pakaian Seragam, Program dan Aktiviti Kokurikulum KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Memantau dan menilai penglibatan murid dalam program kokurikulum Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, Sokongan Bahasa, Penggalakan Sains dan Teknologi, Kesenian, Kebudayaan dan Sains Sosial , Pelancongan dan Lawatan Pelajar di semua peringkat. Merancang, mengurus , mengelola dan memantau peruntukan kewangan kokurikulum KPM ke sekolah, PPD dan JPN. Menyelaraskan dan mengawal selia program dan aktiviti kokurikulum Pasukan Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan, Sokongan Bahasa, Penggalakan Sains dan Teknologi, Kesenian, Kebudayaan dan Sains Sosial , Pelancongan dan Lawatan Pelajar di semua peringkat. |


