URUSAN PERSARAAN SELEPAS PENURUNAN BRP KE PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAN SEKOLAH Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa sejajar dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1 Tahun 2009, Buku Rekod Perkhidmatan bagi bakal pesara sehingga tahun 2011 kekal berada di bawah pengendalian Jabatan Pelajaran Perak, memandangkan beberapa urusan penting pra-persaraan telahpun dimulakan oleh Jabatan Pelajaran Perak dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Oleh itu, urusan persaraan wajib sehingga 2011 bagi semua anggota akan diteruskan oleh pihak Jabatan. 3. Bagaimanapun urusan Persaraan Wajib umur 55 tahun, 56 tahun dan 58 tahun bermula dari tahun 2012 perlu diuruskan oleh pihak-pihak seperti berikut :-
Bil. Kategori Pihak Menguruskan 1. Anggota Jabatan Pelajaran Perak, Sekolah Menengah Harian Bukan PTJ Jabatan Pelajaran Perak 2. Anggota Pejabat Pelajaran Daerah, Sekolah Rendah Pejabat Pelajaran Daerah 3. Anggota Sekolah Menengah Harian PTJ Sekolah Menengah Harian PTJ 4. Anggota Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional, Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional, Sekolah Pendidikan Khas
4. Bagi urusan Persaraan Pilihan Sendiri, Persaraan Atas Sebab Kesihatan dan Faedah Terbitan boleh terus dilaksanakan serta merta oleh pihak seperti di perkara 3 memandangkan Buku Rekod Perkhidmatan telah berada di bawah kawalan pihak-pihak tersebut.
5. Pihak tuan hendaklah memastikan supaya dokumen persaraan dikemukakan dengan segera dan tepat mengikut jadual yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan berlaku kelewatan bayaran Faedah Persaraan.
6. DOKUMEN PERSARAAN YANG TELAH LENGKAP DIURUSKAN OLEH PEJABAT PELAJARAN DAERAH DAN SEKOLAH MENENGAH HARIAN PTJ HENDAKLAH DIKEMUKAKAN KE JABATAN PELAJARAN PERAK UNTUK DIPANJANGKAN KE JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, BAHAGIAN PASCA PERKHIDMATAN.
7. Pohon tuan mengambil perhatian untuk tindakan yang sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan urusan persaraan berjalan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama tuan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Ketua Sektor
Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan


